Pembinaan Semula Rumah Mangsa Kebakaran Karak
Pembinaan Semula Rumah Mangsa Kebakaran Karak
Selepas tragedi kebakaran besar pada tahun 2021, sebanyak 48 buah rumah di Kampung Baru Karak kini berdiri semula sebagai lambang kekuatan dan ketabahan komuniti setempat. Ia juga mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang saling membantu ketika berdepan kesusahan. Semalam, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan mencemar duli melawat kawasan perumahan yang telah siap dibina semula ini, menyaksikan permulaan baharu buat para penduduk yang kini kembali memiliki tempat berteduh sendiri.
tahun
2026
kategori
Komuniti
LIHAT LEBIH BANYAK PROJEK KOMUNITI








